'Patuh SOP, sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat'
Iklan
Radzi Md Jidin
BANGI - Pelajar, guru dan warga sekolah diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat, kata Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Beliau berkata, pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP sewaktu tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan mereka dan juga warga sekolah.
Iklan
Iklan
"Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.
"Kita tekankan kepada pihak sekolah setiap SOP yang ditetapkan itu mestilah dipatuhi dan murid perlu sentiasa diingatkan agar mematuhi SOP," katanya.
Mohd Radzi bertanya sesuatu kepada seorang pelajar ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab di Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Iklan
Pembukaan semula sekolah menengah pada 4 April (Ahad) melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B memulakan persekolahan pada hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berpuas hati dengan perjalanan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan sekolah menengah pada hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>