'Baliklah Sajat, hadir ke mahkamah'
Iklan
LANGKAWI-"Baliklah dan hadir ke mahkamah!" Itu pesan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lepas.
Abdul Hamid berkata, pihak polis masih mengesan lokasi sebenar selain terdapat kekangan di sempadan kerana kewujudan banyak lorong-lorong tikus.