Jakim sentiasa pastikan khutbah Jumaat ikut isu semasa
Iklan
KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memastikan teks khutbah Jumaat adalah berkisarkan masalah semasa terutama isu berbangkit dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya mempunyai panel tersendiri untuk mencari tajuk-tajuk bersesuaian pada setiap minggu.