Bersatu tidak paksa Pas pilih antara Muafakat Nasional, PN

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memaksa Pas untuk memilih antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, partinya tidak akan mengambil sikap sedemikian dalam menangani perkara itu.

"Nak kata Bersatu bagi kata dua ke apa (minta Pas pilih antara PN dan Muafakat Nasional), bukan sikap kita.

Iklan

"Bagi kita PN perlu diperkukuhkan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada petang Sabtu.

Pas sebelum ini mengulangi pendiriannya untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan kerajaan PN.

Iklan

Bagaimanapun, beberapa kepimpinan UMNO membuat kenyataan yang meminta Pas supaya memberikan keputusan sama ada untuk bersama Muafakat Nasional mahupun PN.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas sudah lakukan terbaik demi pertahan MN: Abdul Hadi

Sementara itu, Wan Saiful turut memberi bayangan bahawa terdapat beberapa parti lain yang berminat menyertai PN.

"Malahan tadi dalam mesyuarat, ada disebut banyak lagi parti yang minta untuk sertai PN.

"Dan ada proses rundingan perlu dilakukan, jadi semua itu kita tunggu sampai pengumuman sebenar nanti," katanya.