Ungkapan 'abang' tanda hormat, bukan lemah: Hishammuddin
Iklan
Hishammuddin Tun Hussein
SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, hubungan Malaysia dan China berdasarkan kepercayaan dan persamaan bersama.
Hishammuddin berkata, ungkapan beliau bukan merujuk kepada perhubungan dua hala yang kuat di antara dua negara.
Iklan
Iklan
"Menghormati Wang Yi yang lebih tua, dan Menteri Luar Negeri yang lebih senior; oleh itu 'abang' kepada saya secara peribadi.
"Bersikap hormat tidak menandakan kelemahan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.
Iklan
Tambah beliau, Malaysia tetap merdeka, berprinsip dan pragmatik dari segi dasar luar negara berasaskan kepada nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan serta kesaksamaan.
"Kami akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat negara yang adil dan saksama,” ujarnya.
Iklan
Pada Sabtu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin yang menyifatkan negara China sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, ia bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia hanya sebagai boneka asing.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>