36 maut, 60 cedera kereta api tergelincir di Taiwan
Iklan
TOKYO - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam nahas kereta api tergelincir di utara Taiwan, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Jumaat.
Kereta api lapan gerabak yang membawa sekitar 350 penumpang itu tergelincir ketika memasuki terowong di kota Hualien.