Enam bulan tidak pulang, anak beri kejutan kepada ibu
Iklan
Muhammad Mirza memeluk ibunya selepas enam bulan tidak berjumpa. Video kegembiraan dikongsi ayah Muhammad Mirza di Facebooknya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
SHAH ALAM - Seorang pelatih Akademi Tentera Udara Ipoh menjadi perhatian di media sosial apabila tiba-tiba muncul di sebuah pusat karaoke selepas enam bulan tidak pulang bagi membuat kejutan kepada keluarga tersayang.
Muhammad Mirza Zakbah, 20, berkata, kejutan itu dibuat sejurus tamat latihan di akademi tersebut selepas berjauhan dengan keluarga.
Iklan
Iklan
"Asalnya keluarga dah tahu nak pulang ke rumah hari ini, cuma saya tipu ibu mengatakan bas rosak tepi jalan dan tidak tahu sampai ke rumah jam berapa.
"Saya dah rancang dengan ayah nak jumpa di sana dan saya sudah dekat situ ketika ibu telefon saya dan tanya dekat mana,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Menurut ibunya, Rosnilawaty Othman, 47, dia terkejut gembira sehingga menggigil dan menangis apabila melihat anaknya yang sudah enam bulan tidak ditemui di depan mata.
"Pada mulanya saya tanya kepada pelayan, yang mana satu nasi goreng cina dan nasi goreng daging merah, kemudian pelayan buka pelitup muka.
Iklan
"Macam anak saya, terus saya jerit dan peluk anak saya kuat-kuat, kawan-kawan saya di situ semua menangis,” ujarnya.
Tambah Rosnilawaty, dia berada di pusat karaoke itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran rakan sekerja tetapi dia yang mendapat kejutan daripada anaknya.
Aksi Muhammad Mirza melakukan kejutan dan menyamar sebagai pelayan di pusat karaoke untuk memberi kejutan kepada ibunya menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial yang dikongsikan oleh bapanya, Zakbah Yaakop.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>