Surat 'Long Tiger' bocor bukan daripada polis

Iklan
Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan berlaku kebocoran tentang surat permohonan dari peguam 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 35, untuk berjumpa dengannya, sebagaimana yang didakwa.

Ia susulan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook 'Long Tiger Fan' pada Selasa, di mana peguam bela dari Tetuan Hariz Syakinah & Co. telah menyatakan surat daripada pihaknya untuk bertemu dengan Ketua Polis Johor telah tersebar.

Iklan
Iklan

"Hasil semakan mendapati, surat yang dikatakan dihantar kepada pihak polis tersebar keluar sebagaimana yang didakwa oleh peguam tersebut di dalam FB Live beliau tidak pernah berlaku.

"Tidak pasti di mana kebocoran tersebut, yang pastinya bukan daripada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Iklan

Ayob Khan menjelaskan, beliau mengambil maklum berkenaan surat permohonan tersebut, namun disebabkan kes Long Tiger masih dalam perbicaraan di mahkamah, dikhuatiri perkara itu akan mengganggu dan mempengaruhi proses perbicaraan.

Selain itu katanya, atas faktor kekangan masa dan perlu memberi perhatian khusus kepada kes-kes yang lebih serius, maka beliau terpaksa menolak permohonan tersebut.

Iklan

"Bersabit kes-kes dilaporkan, Polis Johor telah bertindak secara profesional dengan melayan dan menyiasat semua sembilan aduan yang dibuat oleh 'Long Tiger' dan isterinya.

"Malah, ada di antara kes tersebut telah dituduh dan dijatuhkan hukuman," katanya.

Beliau turut mengingatkan, isu yang berkaitan tidak akan berakhir selagi pihak-pihak yang terlibat masih tidak berhenti tuduh menuduh antara satu sama lain dalam media sosial mereka.

Katanya, siasatan yang dijalankan adalah telus dan tiada istilah layanan istimewa kepada mana-mana pihak.