Kerajaan perlu lihat semula sistem pentadbiran Parlimen: Rais Yatim
Iklan
Rais Yatim
SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa kerajaan menilai semua sistem pentadbiran yang dilaksanakan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, sebagai badan legislatif tertinggi negara, institusi Parlimen harus diletakkan di kedudukan teratas dalam sistem pengasingan kuasa negara seperti amalan demokrasi di Amerika Syarikat, Perancis, England dan negara maju lain.
Iklan
Iklan
"Sehubungan itu, sistem pentadbiran Parlimen perlu dilihat semula oleh kerajaan termasuk dalam soal penjawatan bagi memastikan institusi itu benar-benar berfungsi sebagai badan legislatif yang berwibawa dan berpengaruh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Parlimen yang di Parlimen hari ini.
Iklan
Pada masa sama, Rais turut memberi cadangan bagi meletakkan keperluan kepada pemimpin politik terutama ahli Parlimen untuk melalui proses latihan budi seperti yang diwajibkan ke atas penjawat awam.
Menurutnya, latihan sedemikian diperlukan kerana ahli politik kini dilihat sudah tidak lagi memiliki sikap berbudaya tinggi yang sepatutnya dijadikan tauladan kepada rakyat.
Iklan
"Sebaliknya, pemimpin politik bebas berucap menggunakan bahasa kasar, isyarat lucah serta terbabit salah guna kuasa,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>