Isteri mimpi Ami Azzizol datang minta tolong

Iklan
Mayat mangsa ditemukan terapung di tengah tasik pada jam 7.10 pagi Selasa.

HULU TERENGGANU - 'Sayang, B nak naik sangat, rindu nak jumpa sayang, tolonglah B'. Itu antara kata-kata mangsa lemas ketika hadir dalam mimpi isterinya.

Syarifah Ramlee, 19, berkata, dia mimpikan suaminya, Ami Azzizol Abu Bakri, 22, ketika terlelap di atas rumah rakit di lokasi kejadian pada jam 2 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas tersedar dia dimaklumkan suaminya sudah ditemui.

Dia yang baharu seminggu berkahwin dengan suaminya itu berkata, dalam mimpinya itu suaminya bersungguh-sungguh memanggilnya memberitahu yang dia hendak naik dan mungkin itu salah satu petanda dia akan dijumpai.

Iklan
Syarifah Ramlee

"Sebaik tersedar dari mimpi, saya terus mengambil wuduk dan membaca ayat Kursi.

"Saya reda dengan pemergian dia sebab saya tahu dia orang baik dan suka menolong kawan biarpun dia sendiri tiada duit.

Iklan

"Dia juga pernah pesan supaya saya jaga diri baik-baik dan selalu kata, dia tidak ada harta cuma yang dia ada sebuah motosikal Ysuku dan minta saya jaga baik-baik," katanya dalam nada sebak ketika ditemui Sinar Harian di Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini pada Selasa.

Mayat mangsa ditemukan terapung di tengah tasik pada jam 7.10 pagi Selasa selepas lemas ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa ditemukan seorang pengusaha chalet rumah rakit pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan lemas.

Syarifah Ramlee (duduk, paling hujung) bersama sebahagian ahli keluarganya di pekarangan Bilik Mayat Hospital Hulu Terengganu.