Annuar serahkan kepada parti pendirian BN bertanding sendiri

Iklan
Annuar ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Ahad. - Foto Twitter Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa menyerahkan kepada parti dan perwakilan untuk menilai pendirian presiden parti untuk bertanding secara bersendirian iaitu di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, ia sekali gus menafikan khabar angin dan spekulasi mengatakan parti itu mempunyai kerjasama dengan pihak tertentu.

Iklan
Iklan

"Ya, itu hak presiden untuk memasukkan dalam ucapan dasar beliau dan terserah kepada UMNO dan perwakilan untuk bertanding secara bersendirian.

"Sekurang-kurangnya presiden membuat penjelasan nak bertanding sendirian. Jika sebelum ini ada orang kata bekerjasama dengan pihak tertentu. Terpulang kepada ahli-ahli untuk membuat penilaian," katanya ketika ditemui selepas sesi Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Ahad.

Iklan

Ditanya mengenai poster yang memfitnah beliau merasuah perwakilan bagi menyokong perwakilan menyokong usul UMNO menjadi kuda Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Annuar berkata, ia hanya masalah kecil dan tidak mengambil hati.

Iklan

"Orang nak buat cerita tentang saya, saya baik-baik sahaja. Tidak ada masalah," katanya.