Dua lori kemalangan, seorang pemandu rentung
Iklan
ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu lori ditemui rentung bersama pelbagai barang penghantaran yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tangki muatan cecair Nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pagi Jumaat.
Dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, kemalangan berlaku berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah menyebabkan mangsa dikenali sebagai Mohamad Syazwan Mohd Romli, 29 tahun dari Kampung Keda Telaga Batu Sik, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian.