Undi 18: SPR ada masa yang cukup

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan persiapan untuk Undi 18 disifatkan tidak boleh diterima sama sekali.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut berpendapat bahawa SPR seharusnya sudah mempunyai masa yang cukup untuk persiapan bagi melaksanakan hak mengundi golongan 18 tahun.

Iklan
Iklan

Syed Saddiq juga mengakui kecewa dengan pengumuman SPR mengenai pelaksanaan Undi 18 yang ditangguh sehingga 1 September 2022.

"Alasan penangguhan ialah perkembangan dan situasi negara masih di dalam tempoh PKP yang telah menjejaskan persiapan SPR untuk Undi 18 tidak boleh diterima sama sekali.

Iklan

"Sejak 16 Julai 2019 sebaik sahaja Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan, SPR seharusnya sudah mempunyai masa yang cukup untuk persiapan Undi 18," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syed Saddiq menambah, PKP tidak boleh menjadi alasan atas sikap culas SPR dalam melaksanakan Undi 18 sebaliknya, SPR perlu berterus-terang dan memaklumkan kepada rakyat perkara yang masih menghalang Undi 18 untuk terus dilaksanakan.

Iklan

"Pada 3 November 2020, Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa penguatkuasaan Undi 18 adalah selewat-lewatnya pada Julai 2021.

"Hormati keputusan Dewan Rakyat. Hormati hak orang muda untuk mengundi dan memilih masa hadapan negara.

"Kerajaan juga perlu menyuarakan komitmen untuk melaksanakan Undi 18 selewat-lewatnya pada Julai 2021," katanya.