409 warga India ditahan di penjara Malaysia

Iklan
India terlibat dalam proses rundingan dan pelarasan secara berkala dengan negara-negara terbabit berhubung kait masalah penghantaran balik warga India yang ditahan di penjara asing.

NEW DELHI - Seramai 7,890 tahanan warga India, termasuk yang sedang dibicarakan, kini berada di penjara negara asing, setakat 28 Februari.

Daripada jumlah itu, 409 orang ditahan di penjara Malaysia.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar India memaklumkan perkara itu di Parlimen pada Rabu, paling ramai di Arab Saudi iaitu 1,570 orang diikuti Emiriah Arab Bersatu (1,292), Nepal (886), Qatar (439), China (157), dan Singapura (71).

Selain menyediakan bantuan konsular kepada tahanan, misi diplomatik India juga menyediakan khidmat bantuan berkaitan undang-undang yang diperlukan, kata kementerian itu.

Iklan
Iklan

Di samping itu India terlibat dalam"proses rundingan dan pelarasan secara berkala dengan negara-negara terbabit berhubung kait masalah penghantaran balik warga India yang ditahan di penjara asing." - Bernama