KSSB terap budaya kerja berintegriti
Iklan
Sesi Ikrar Akujanji Anti Korupsi diketuai oleh Ketua Jabatan Tadbir Urus dan Integriti, Syahrul Badri Ismail.
SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) memberikan kesedaran mengenai bahaya rasuah kepada kakitangannya bagi memastikan mereka akan terus berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Ketua Jabatan Tadbir Urus dan Integriti KSSB, Syahrul Badri Ismail berkata, warga kerja syarikat itu sentiasa diterapkan dengan mengamalkan budaya kerja berintegriti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia selaras dengan nilai bersama KSSB yang pertama iaitu berintegriti.
"Ia dapat dilihat melalui budaya yang diamalkan oleh KSSB. Setiap kakitangan baharu yang memulakan tugas di KSSB wajib mengikuti sesi taklimat Piagam Liabiliti Korporat dan menyempurnakan ikrar Akujanji Anti Korupsi.
Iklan
"Saya berharap mereka sentiasa memahami pengertian rasuah dan pemberian maklumat/whistleblowing. Mereka perlu tahu apa yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan rasuah dan salah laku semasa menjalankan kerja seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Ikrar Akujanji Anti Korupsi oleh kakitangan baharu KSSB yang diadakan baru-baru ini.
Iklan
Syahrul Badri berkata, KSSB melalui Jabatan Tadbir Urus dan Integriti telah melancarkan kempen Anti Rasuah sejak tahun 2015 kepada warga kerja syarikat itu.
"Menerusi kempen ini, KSSB menerapkan nilai-nilai integriti melalui saluran emel dan aplikasi WhatsApp yang disediakan oleh syarikat.
"Perkongsian nilai-nilai integriti ini disampaikan pada setiap minggu kepada warga kerja KSSB untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai integriti, rasuah dan pemberian maklumat,” kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Syahrul Badri menegaskan bahawa usaha untuk membanteras rasuah memerlukan penglibatan daripada semua pihak.
"Nilai amanah dan integriti dalam kalangan masyarakat harus ditanam sejak awal persekolahan bagi melahirkan generasi bebas rasuah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>