Lelaki tetak warga Australia diberkas
Iklan
KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang dipercayai menetak seorang warga Australia pada Januari lepas, ditahan di sebuah rumah di Kampung Saga, Likas, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira 1 petang selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.
Iklan
Iklan
Lelaki terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di dalam sebuah rumah tidak bernombor dan berlaku pergelutan antara pihak polis dan suspek, katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku menetak mangsa berpunca daripada salah faham.
Iklan
Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, 24 Januari lalu, seorang lelaki warga Australia berusia 46 tahun ditemui berlumuran darah di Kampung Kiwoi, Tamparuli.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha inap desa warga Australia cedera ditetak
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>