GRS contoh terbaik kesungguhan kerjasama politik: Muhyiddin

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Projek Lok Kawi Resort City di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai contoh terbaik kesungguhan dan kerjasama politik yang mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk membawa model kerjasama GRS itu ke seluruh negara bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Sabah (GRS) contoh terbaik bila ada kesungguhan dan tidak banyak bermain politik, tetapi tumpukan soal apa rakyat mahu apa diperlukan negeri Sabah... ini kalau dipanjangkan ke seluruh Malaysia itulah yang jadi keutamaan.

"Ini bukan soal siapa popular, parti mana lebih baik dan sebagainya, ini soal apa yang boleh kita lakukan untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pembangunan Lok Kawi Resort City di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini hari ini.

Iklan

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tiba di sini malam tadi untuk lawatan sehari ke Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Iklan

GRS terdiri daripada gabungan parti komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah. - Bernama