Pasukan perubatan buat ujian Covid-19 di Kedutaan Korea Utara

Iklan
Kenderaan yang membawa pasukan perubatan meninggalkan kedutaan Korea Utara sekitar jam 1 petang Sabtu.

KUALA LUMPUR - Pasukan perubatan dipercayai dari hospital swasta memasuki pejabat Kedutaan Korea Utara di sini sejak jam 9 pagi Sabtu.

Mereka dipercayai menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap kakitangan kedutaan yang telah diarah meninggalkan negara pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Ujian saringan tersebut difahamkan selesai sekitar 1 petang apabila kenderaan yang membawa pasukan perubatan itu dilihat meninggalkan kedutaan.

Pada Jumaat, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia.

Iklan

Ia susulan keputusan Korea Utara yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedutaan Korea Utara diberi tempoh 48 jam tinggalkan Malaysia

Iklan

Korea Utara putuskan hubungan dengan Malaysia