Cemas budak tiga tahun terperangkap dalam kereta

Iklan
Anggota bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta yang terkunci. - Foto Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir 10 minit apabila kereta yang dinaikinya terkunci dari dalam pada kejadian di taman perumahan di Pasir Gudang, dekat sini tengah hari Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan pada jam 12.11 tengah hari.

Iklan
Iklan

Sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS dari BBP Pasir Gudang dengan kekuatan 10 anggota kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kita dapati kanak-kanak itu berseorangan dan terperangkap di dalam kereta yang terkunci dari dalam, namun enjin belum dimatikan.

Iklan
Iklan

"Kita kemudiannya bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan yang selamat,” katanya.