'Pas ada rancangan sulit'
Iklan
CHE IBRAHIM MOHAMED
KOTA BHARU – Pendedahan pemimpin Pas berhubung isu rakaman audio menunjukkan parti itu menyembunyikan rancangan sulit daripada pengetahuan ahli bawahan.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, intipati rakaman audio Pas menerima wang UMNO, bukan lagi menjadi rahsia parti sebaliknya menunjukkan kebenaran isu yang dicanang sebelum ini.
Iklan
Iklan
Lebih-lebih lagi katanya, selepas ia sendiri diakui oleh Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang terpaksa berbohong demi menjaga kerahsiaan parti.
"Saya hairan, seorang pemimpin kanan sebuah parti mendakwa berjuang atas nama Islam, tetapi sanggup berbohong untuk menutup rancangan sulit parti.
Iklan
"Apa lagi rancangan sulit yang dikatakan rahsia itu, bukan keputusan parti atau dibincang secara rasmi,” katanya.
Che Ibrahim berkata, Islam tidak mengajar umatnya supaya berbohong dan ia amat dibenci oleh masyarakat.
Iklan
"Sekali berbohong, seseorang itu terpaksa mengulangi kesalahan sama malah turut mengheret rakan lain untuk menutup kesilapan yang dilakukan," katanya.
Selasa lalu, Pas akhirnya mengaku rakaman audio isu parti itu menerima dana daripada UMNO, merupakan suara, Nik Mohamad Abduh.
Ia diakui sendiri oleh beliau, apabila terpaksa berbohong demi maslahat parti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin"><meta itemprop="description" content="Bersatu tak pertahan Endau, calon lama berhijrah ke parti lain - Muhyiddin
Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat selepas parti itu menilai semula kekuatan dan peluang kemenangan di kawasan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap kerusi diteliti sebelum keputusan dibuat, termasuk mengambil kira tindakan penyandang kerusi itu telah meninggalkan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785465/berita/politik/bersatu-tak-pertahan-endau-calon-lama-berhijrah-ke-parti-lain---muhyiddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PRNJohor #Muhyiddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-27T06:25:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaj7w3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaj7w3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaj7w3y"></script>