HTAR cari waris pesakit ditemui dalam hutan

Iklan
HTAR sedang mencari waris pesakit lelaki ini yang ditemui di kawasan hutan berhampiran Bandar Botanik.

KLANG - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sedang mencari waris seorang pesakit lelaki yang sebelum ini ditemui di kawasan hutan berhampiran Bandar Botanik dekat sini.

Unit Perhubungan Awam HTAR menerusi satu kenyataan memaklumkan, pesakit berkenaan ditemui dalam keadaan lumpuh separuh badan dan tidak mampu untuk bertutur dengan jelas.

Iklan
Iklan

"Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) sedang mencari waris bagi (seorang) pesakit yang dirawat di hospital.

"Pesakit (ini) tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.

Iklan
Iklan