Penemuan SE: Lay Hong akan beri kerjasama penuh kepada DVS
Iklan
KPDNHEP menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini, susulan laporan penarikan balik telur keluaran sebuah syarikat Malaysia daripada pasaran Singapura.
 -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Lay Hong Bhd akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di Malaysia dan merancang untuk memperkukuhkan amalan kawalan dan pemantauan ladang berikutan penemuan Salmonella Enteritidis (SE) dalam telur yang dieksport daripada salah satu ladangnya di Jeram, Selangor.
"Keutamaan kami adalah keselamatan pelanggan kami. Kami kini bekerjasama erat dengan DVS bagi menyiasat dan memantau ladang yang didakwa terlibat dengan penemuan SE itu,” kata Pengarah Eksekutifnya, Datuk Yap Chor How.
Iklan
Iklan
Kumpulan telah bersetuju dengan DVS untuk menggantung operasi di ladang Jeram 1, pengeluaran dari ladang itu kebanyakannya dieksport ke Singapura.
"Operasi di ladang Jeram 1 kektika ini dihentikan daripada pasaran domestik dan eksport sementara menunggu siasatan oleh DVS selesai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata, Lay Hong memberi jaminan bahawa tiada telur yang akan dijual dari ladang Jeram 1 dan kumpulan itu hanya akan menyambung semula bekalan telur dari ladang tersebut selepas siasatan mengenainya selesai.
Buat masa ini, semua ladang lain di Jeram (ladang Jeram 2 hingg 6) telah diuji negatif untuk Salmonella dan ladang itu dibahagikan kepada ladang satelit yang lebih kecil dan terpisah antara satu sama lain secara fizikal walaupun berada di Jeram.
Iklan
"Setiap ladang satelit ini memiliki peralatan penggredan untuk menangani pencemaran antara ladang-ladang itu. Semua langkah pencegahan ini telah dijalankan selama bertahun-tahun untuk memastikan bekalan telur kami tidak terjejas sekiranya satu daripada ladang berkenaan tercemar.
"Langkah tersebut membolehkan kami terus membekalkan telur kami dari ladang lain kepada pelanggan kami,” kata Chor How.
Beliau berkata, Lay Hong akan memantapkan proses pertanian syarikat dan yakin dapat mengatasi insiden tersebut dengan kawalan dan pemantauan yang lebih teliti pada masa depan.
Pada Sabtu, empat pengimport di Singapura telah diarahkan untuk menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan di Lay Hong Bhd Layer Farm di Jeram, Malaysia berikutan penemuan SE dalam produk itu yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya dimakan secara mentah atau kurang masak. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>