Perkasa PIK sebagai balai raya komuniti digital
Iklan
Saifuddin melawat PIK Kampung Cherating selepas pelancaran Aplikasi C-Heart dan memperkenalkan Perkhidmatan Bungkus dan Hantar di Pusat Internet Komuniti Kampung Cherating pada Ahad.
KUANTAN - Pusat Internet Komuniti (PIK) akan diperkasa sebagai balai raya komuniti digital bagi merapatkan jurang teknologi antara masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya menggalakkan setiap PIK mempelbagaikan aktiviti digitalnya.
Iklan
Iklan
"PIK kini sudah menyediakan pelbagai kemudahan seperti E-Tuisyen, e-dagang, e-spot dan yang terkini c-heart.
"Jadi, kita hendak jadikan PIK ini sebagai model untuk sebuah pusat internet yang bersifat balai raya komuniti digital. PIK Kampung Cherating merupakan projek pelopor sebelum dikembangkan ke PIK di seluruh negara," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Aplikasi C-Heart dan memperkenalkan Perkhidmatan Bungkus dan Hantar di Pusat Internet Komuniti Kampung Cherating pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE Ahmad Taufek Omar; Pengasas DATA8 Sdn Bhd Rajifah Ramli; Pengarah SKMM Pahang Zahari Ismail dan Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Datuk Zulfikri Hashim.
Iklan
Saifuddin berkata, kementerian perlu menambah baik kemudahan infrastruktur dengan menyediakan kafe, menambah sukarelawan dan kemudahan pengangkutan kepada penduduk setempat.
Jelasnya, setakat ini, terdapat 873 PIK di seluruh negara di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>