Tertuduh kes kemalangan di Saujana Impian bukan staf Puspakom
Iklan
S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, 7 Mac lalu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menafikan seorang lelaki yang dituduh memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, Kajang tiga hari lepas adalah kakitangan di syarikat berkenaan seperti dilaporkan dalam media.
Puspakom dalam kenyataan pada Jumaat menjelaskan bahawa tertuduh yang disebut dalam artikel terbabit bukan kakitangan mereka kerana berdasarkan kepada rekod pekerjaan menunjukkan bahawa S Lokganathen tidak pernah bekerja di syarikat berkenaan.
Iklan
Iklan
Lelaki terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
"Kami ingin mengambil kesempatan ini meminta orang ramai agar tidak diperdaya oleh pihak ketiga yang mendakwa mereka sebagai ejen Puspakom dengan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Menurut Puspakom, individu palsu ini biasanya akan mengaku bahawa mereka boleh mewakili pemilik kenderaan dan mengatur urusan untuk mengendalikan pemeriksaan kenderaan.
Puspakom berkata, syarikat berkenaan tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menawarkan akses kepada perkhidmatan pemeriksaan atau mengarahkan kakitangan keluar menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kepada orang awam.
Iklan
"Semua perkhidmatan Puspakom boleh ditempah melalui aplikasi MyPuspakom. Jika orang ramai mendapati sesiapa yang mengaku sebagai kakitangan atau ejen Puspakom menawarkan perkhidmatan pemeriksaan, diminta memaklumkan kepada pihak kami di talian 03-51017000 atau customerservice@puspakom.com.my.
"Perlu dijelaskan juga bahawa Puspakom tidak menggunakan ‘wakil’, ‘wakil’ itu adalah individu yang menawarkan perkhidmatan sebagai pihak ketiga yang bebas dan tidak dikaitkan secara rasmi dengan kami,” menurut kenyataan itu.
Menurut Puspakom, ‘wakil’ berkenaan juga perlu membuat janji temu untuk pelanggan mereka menggunakan aplikasi MyPuspakom dan membayar jumlah sama seperti individu lain yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>