Sultan Kelantan perkenan sambung khidmat Nazran

Iklan
NAZRAN MUHAMMAD

KOTA BHARU - Perkhidmatan Datuk Nazran Muhammad sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disambung untuk tempoh dua tahun lagi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Datuk Azmi Tengku Jaafar berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyambung perkhidmatan tersebut berkuatkuasa pada Rabu.

"Adalah dimaklumkan bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menyambung perkhidmatan Datuk Nazran sebagai Setiausaha Kerajaan Kelantan secara kontrak untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 10 Mac 2021," kata kenyataan tersebut.

Iklan
Iklan

Nazran dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2018 dan bersara wajib pada 10 Mac 2021.