Sarawak bakal tubuh pusat latihan atlet elit
Iklan
Datuk Francis Harden. Foto: sumber internet
KUCHING - Pusat Latihan Atlet Elit Sarawak akan ditubuhkan di Kuching bagi menyediakan kemudahan latihan jangka panjang kepada atlet kelainan upaya negeri ini yang berpotensi meraih pingat emas pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan Para Sukma di Johor pada 2020.
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden berkata, sebagai permulaan, sejumlah 20 atlet kelainan upaya akan dipilih berdasarkan merit bagi menjalani latihan di pusat latihan berkenaan, sekali gus dapat mewakili negara pada masa akan datang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, atlet berkenaan akan diberi elaun wang saku dan disediakan tempat penginapan semasa menjalani latihan, manakala empat jurulatih bertauliah akan dilantik bagi mengendalikan latihan dan juga dibayar elaun.
"Barisan atlet ini dipersiapkan bagi menghadapi SOPMA dan Para Sukma 2020 di Johor,” katanya pada majlis pelancaran Program Unit Pembangunan Orang Kelainan Upaya, di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata atlet kelainan upaya yang akan menyertai SOPMA dan Para Sukma 2020 perlu layak (berdasarkan kepada aspek pencapaian/jumlah mata dalam sukan berkenaan), manakala atlet baharu akan didedahkan jika mereka mempunyai potensi untuk menyumbangkan pingat.
Harden juga mengumumkan Sukan Olimpik Khas Sarawak akan diadakan di Sibu pada 2020, sambil berkata tuan rumah edisi Sibu itu mempunyai tempoh dua tahun untuk membuat persediaan bagi menjayakan temasya sukan tersebut. - Bernama
Iklan
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.