Tun Siti Hasmah perjelas sebab terima vaksin fasa pertama
Iklan
SHAH ALAM - Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menafikan dakwaan beliau menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama atas kapasiti sebagai isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi video di saluran YouTube, Dr Siti Hasmah memperjelaskan beliau menerima suntikan tersebut bersama Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada Ahad kerana beliau adalah seorang warga emas.