Rice mahu ikut cara Vierie

Iklan
Rice kini diintai beberapa pasukan kerana pretasi cemerlang bersama West Ham musim ini.

Pemain tengah West Ham, Declan Rice mengakui mempelajari cara mengemudi bahagian tengah The Hammers menerusi gaya permainan bekas lagenda Perancis, Patrick Vierie dan Yaya Toure.

Katanya, ia sebagai cara untuk meningkatkan prestasi kerana kedua-dua bekas pemain tersebut antara yang terbaik sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya fikir ramai melihat saya hanya sebagai pemain sederhana yang berfungsi menjadi benteng kepada empat pertahanan di belakang.

"Rakan sepasukan dan pengurus tahu apa yang ada dalam loker saya. Saya ingin menunjukkan bahawa saya seorang pemain kreatif yang boleh membawa bola ke depan.

Iklan

"Saya meneliti permainan Vierie dan Toure sejak sekian lama. Saya akui masih jauh perjalanan untuk sampai ke tahap tersebut.

"Akan tetapi cara mereka membawa bola ke atas dan mengemudi pasukan untuk memperoleh jaringan itu sesuatu yang saya cuba pelajari dan tambahkan dalam permainan,” katanya.

Iklan

Rice beraksi cemerlang ketika West Ham menewaskan Leed United pada awal pagi Selasa yang menyaksikan pasukan tersebut berada di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dua mata di belakang Chelsea di tempat keempat.

West Ham pada awal musim dikritik hebat dan wujud pandangan mengatakan pasukan tersebut bakal tersingkir pada musim ini.