KSN ucap Selamat Hari Wanita Sedunia buat wanita, penjawat awam

Iklan
Foto FB Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara

KUALA LUMPUR - Komitmen, kesabaran dan kecekalan wanita merupakan inspirasi besar buat semua, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki dalam ucapan sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, turut mendoakan semoga cabaran semasa menguatkan lagi semangat wanita untuk terus menerajui kemajuan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Iklan
Iklan

"Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita terutamanya penjawat awam.

"Bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Hari Wanita Sedunia pada tahun ini menjulang sumbangan berterusan wanita dalam pelbagai bidang, meski dibelenggu pandemik Covid-19,” ucapnya dalam laman sosial rasminya di sini pada Isnin. - Bernama

Iklan
Iklan