Negeri Sembilan Antlers ikrar tampil lebih baik

Iklan
Regu Negeri Sembilan Antlers menamatkan saingan STL Champions Cup di kedudukan kelima.

NEGERI Sembilan Antlers mengakhiri Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 di kedudukan kelima selepas menewaskan pasukan Kelantan Warriors pada perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam pada Sabtu.

Menurut Pengurus Negeri Sembilan Anlters, Mohd Syaharin Ismail, biarpun sedikit kecewa gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir kejohanan tersebut tetapi secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan pencapaian regu mereka.

Iklan
Iklan

"Untuk liga kami berpuas hati dan untuk Champions Cup mungkin disebabkan oleh terlalu lama kita berehat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin pemain sedikit hilang sentuhan dan gagal mengekalkan momentum kemenangan sama seperti perlawanan pertama.

"Insya-ALLAH kita akan perbaiki kelemahan dan membawa masuk pemain baharu bagi posisi tekong pada musim depan dan mengekalkan pemain lama. Kita akan tampil dengan lebih baik untuk memberikan saingan.

Iklan

"Kita menyasarkan untuk berada di kedudukan enam terbaik bagi aksi liga 2021 bagi melayakkan diri ke STL Champions Cup,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, regu Negeri Sembilan Antlers yang diwakili Mohamad Hisham Mat, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari menewaskan regu Kelantan Warriors dengan 21-18, 8-21 dan 21-15.

Iklan