PDRM nafi dijadikan 'senjata politik'
Iklan
Abdul Hamid
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya pasukan keselamatan itu dijadikan 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak ditekan oleh sesiapa pun dan semua tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah mengikut keperluan undang-undang.
Iklan
Iklan
"Janganlah sebab diminta datang ke balai untuk dirakam kenyataan itu dianggap sebagai satu tekanan politik.
"Ini proses siasatan. Setahu saya tidak ada yang dikasari, diugut atau ditakut-takutkan oleh pegawai penyiasat. Insya-ALLAH," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Pada Jumaat, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tindakan bagi memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen, pegawai dan ahli keluarga.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tersebut bertujuan memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Iklan
Susulan itu, SPRM turut menafikan tohmahan terbabit dan menegaskan suruhanjaya itu merupakan agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.
SPRM menganggap tohmahan itu sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan agensi kerajaan senjata politik: PH
SPRM nafi tuduhan jadi senjata politik
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>