GPS fokus kestabilan negara, tidak mahu main politik
Iklan
KUALA TERENGGANU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menyokong kerajaan Persekutuan demi memastikan negara dapat diurus dengan baik terutama ketika menghadapi penularan pandemik Covid-19, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Nanta berkata, GPS berpendirian untuk tidak terlalu bermain berpolitik dan akan menumpukan kepada agenda kesejahteraan rakyat.