PMB Tijari sasar RM150 juta bantu usahawan kurang kewangan
Iklan
Berdiri dari kiri, Fauzi Rahmat, Norati Ibrahim, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Azrulnizam Abd Aziz, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin semasa Majlis Menandatangani Surat Tawaran Pembiayaan kepada Usahawan PMB Tijari Berhad di Wisma PMB pada Jumaat.
SHAH ALAM - Pelaburan Mara Berhad (PMB) menerusi anak syarikatnya PMB Tijari Berhad menyasarkan pembiayaan sebanyak RM150 juta bagi membantu usahawan yang kekurangan kapasiti kewangan tahun ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norati Ibrahim berkata, nilai tersebut melibatkan sehingga 100 usahawan yang berpotensi bagi mendapatkan pembiayaan kewangan menerusi produk-produk pembiayaan yang ditawarkan.
Norati Ibrahim
Iklan
Iklan
Menurutnya, pada tahun 2021 sehingga kini sebanyak 12 syarikat yang telah berjaya dibantu dengan melibatkan jumlah dana sebanyak RM40 juta.
"Berbeza dengan peruntukan tahun lalu dengan melibatkan pembiayaan hampir RM210 juta. Ia berkurangan disebabkan pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak projek yang tidak dapat dilaksanakan,
Iklan
"Tahun ini kami menyasarkan pembiayaan sebanyak RM150 juta dan dapat membantu 70 sehingga 100 usahawan manakala had pembiayaan maksimum bagi sesebuah syarikat ialah RM5 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Surat Tawaran Pembiayaan kepada Usahawan PMB Tijari Berhad di Wisma PMB pada Jumaat.
Iklan
Hadir sama, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azizah Mohd Dun; Pengerusi Pelaburan Mara, Datuk Azrulnizam Abd Aziz; Pengerusi PMB Tijari, Fauzi Rahmat dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
Dalam pada itu, Norati turut memaklumkan sejak awal penubuhan pada tahun 2014, PMB Tijari telah berjaya membiayai hampir 210 usahawan daripada pelbagai sektor yang melibatkan dana hampir RM400 juta.
Katanya, usaha itu sudah menjadi mandat pihaknya untuk membantu golongan usahawan yang tidak mampu meneruskan proses bekalan kerana kekurangan kapasiti kewangan dan telah mendapat kontrak bekalan atau lulus lantikan sebagai vendor oleh pihak kerajaan ataupun swasta.
"Golongan yang kurang diberi perhatian oleh pihak bank dan institut kewangan lain atau ‘tidak dilayan’ ini merupakan kumpulan sasaran kami.
"Mereka mempunyai keperluan kewangan yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, kami berusaha memberi pembiayaan kepada syarikat-syarikat ini yang telah mempunyai tender, pesanan atau kontrak tetapi tidak memiliki sumber kewangan kukuh untuk berkembang,” ujarnya.
Menurutnya, PMB Tijari akan sentiasa memantau prestasi serta pencapaian syarikat agar mereka berupaya untuk membayar semula pinjaman.
Katanya, adalah menjadi matlamat pihaknya, agar syarikat yang dibantu terus kukuh dan berjaya sehingga berupaya disenaraikan di Bursa Malaysia.
"Kami yakin dengan sinergi yang terjalin akan mampu meningkatkan jumlah syarikat bumiputera khususnya disenarai kelak.
"Kami sebagai ahli Kumpulan Pelaburan Mara mendokong aspirasi Mara untuk melonjakkan usahawan bumiputera bagi meluaskan dan memperkukuhkan perniagaan mereka,” katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.