ADUN Selangor mohon sidang DUN dimulakan
Iklan
Gambar dari kiri: Najwan Halimi, Chua Wei Kiat, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berharap sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dilangsungkan segera.
Ia selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.
Iklan
Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, sidang DUN Selangor sepatutnya berlangsung bulan ini namun ditangguhkan disebabkan proklamasi darurat.
"Namun Yang di-Pertuan Agong menitahkan tidak ada larangan, sepatutnya di peringkat negeri pun tidak ada masalah.
Iklan
"Cuma di Parlimen ada mainan politik menyebabkan sidang Parlimen tidak diadakan namun di Selangor kita tidak ada halangan, cuma tidak dijalankan sebelum ini atas tentangan darurat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, permintaan berhubung pembukaan sidang DUN itu telah dikemukakan kepada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim untuk pertimbangan.
Iklan
"Penangguhan sidang DUN tidak dibuat secara rasmi disebabkan pelaksanaan proklamasi darurat dilakukan seluruh Malaysia. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pun belum ada keputusan mengenainya, itu sebab saya lontarkan perkara ini.
"Saya tidak menghantar surat rasmi cuma melalui WhatsApp kepada Suee Lim mengenai cadangan supaya sidang DUN diadakan.
"Dalam soal persidangan ini adalah ditentukan oleh Speaker DUN dan perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya.
Sementara itu, ADUN Rawang, Chua Wei Kiat turut bersetuju dengan cadangan pembukaan sidang DUN bagi membolehkan wakil rakyat membawa isu rakyat untuk dibincangkan.
"Sebelum ini kita ingatkan darurat sidang DUN tak boleh dijalankan, tapi selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan Parlimen boleh bersidang maka sidang DUN juga boleh dijalankan.
"Pada pandangan saya jika ADUN dan ahli Parlimen telah menerima vaksin maka patut sidang dewan dimulakan. Negeri Selangor patut menjadi contoh negeri pertama memulakan persidangan," katanya.
Dalam pada itu, ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, tiada sebab untuk sidang DUN ditangguhkan selepas Selangor kini bukan lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Selangor sekarang berada di Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tambahan pula sekarang kita dah dapat bekalan vaksin. Jika dah dapat vaksin tiada masalah untuk bersidang.
"Sektor ekonomi pun dah buka, kita dah boleh ke pusat beli-belah dan menyusul pawagam juga akan dibuka. Dah sampai masanya kerajaan negeri atau menteri besar menghadap Sultan Sharafuddin untuk memohon perkenan agar sidang DUN yang sepatutnya berlangsung bulan ini dimulakan," katanya.
Katanya, tiada keperluan sidang DUN dijalankan secara virtual atau dalam talian memandangkan ruang dewan mencukupi untuk menempatkan semua ahli dewan.
Jelasnya, kerajaan negeri sebelum ini melaksanakan sidang DUN dan pembentangan belanjawan secara fizikal semasa dalam tempoh PKP tahun lepas.
"Jadi tiada keperluan untuk bersidang secara online dan perlu dibuat secara fizikal kerana penjarakan susunan kerusi antara ahli dewan melebihi satu meter, secara tidak langsung sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Boleh dihadkan bilangan pegawai kerajaan, pemerhati dalam dewan supaya sidang DUN diteruskan kerana yang penting wakil rakyat dapat menjalankan tanggung jawab sebagai ADUN," katanya.
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com