KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menghimpunkan data lebih terperinci untuk membuat anggaran yang lebih baik mengenai rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 dalam usaha menangani masalah kemiskinan.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sedang bekerjasama bagi mendapatkan data tepat yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.