KOTA KINABALU - Sebanyak 132 orang terdiri daripada kumpulan etnik Pala'u yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan dipindahkan setelah didapati bergelandangan di sekitar Kota Kinabalu dalam satu operasi bersepadu 'Ops Bangau' pada Khamis.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan operasi bermula 8.30 pagi itu dilaksanakan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Imigresen di sekitar kawasan Sembulan serta Inanam di sini dan berterusan hingga Ahad ini.