SkyWorld bantu pembeli miliki rumah
Iklan
Antara projek yang termasuk dalam program HouzKEY ialah Blok C SkySierra yang terletak di Setiawangsa.
SHAH ALAM - Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) bekerjasama dengan Maybank Islamic Bhd (Maybank Islamic) bagi membantu pembeli rumah pertama dan kedua memiliki kediaman yang mereka inginkan melalui penyelesaian pembelian rumah, HouzKEY.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kolaboratif terbaharu SkyWorld dengan HouzKEY itu memberikan pelbagai manfaat kepada pemilik rumah menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021 yang merangkumi pengecualian duti setem, pengecualian MOT, potongan 10 peratus untuk pembelian kediaman dan jumlah simpanan tunai lebih RM100,000.
Iklan
Iklan
"SkyWorld memahami situasi negara berdepan dengan pandemik. Kami mengambil peluang ini untuk membantu bakal pembeli dengan menawarkan penyelesaian kewangan. Mereka yang mencari rumah yang dibina oleh SkyWorld kerana pembiayaan yang menarik akan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, antara projek SkyWorld yang termasuk dalam HouzKEY ialah Blok C The Valley Residences (Fasa 1 SkySierra) di Setiawangsa dan SkyVogue Residences di kawasan Taman Desa yang terletak di lokasi yang strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan asas.
Antara projek yang termasuk dalam program HouzKEY ialah SkyVogue Residences yang terletak di Taman Desa.
Iklan
"Bersempena dengan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Maybank Islamic menjalankan Kempen Tahun Baru Ox-picious HouzKEY 2021 yang menawarkan ganjaran kepada pembeli.
"Dapatkan baucar runcit bernilai RM800 apabila anda memohon pembiayaan HouzKEY dengan kod promo 'CNY2021' dari sekarang hingga 8 April 2021, selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.
Iklan
Mereka yang berminat mengenai tawaran yang disediakan, boleh menghubungi SkyWorld atau melayari laman web https://skyworld.my/sky-properties.
HouzKEY adalah antara inisiatif Kumpulan Maybank untuk menyelesaikan cabaran semasa untuk memiliki hartanah selaras dengan agenda negara mengenai pemilikan rumah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>