Rina Gunawan meninggal dunia
Iklan
Jakarta- Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala virus Covid-19, semalam.
Bagaimanapun, punca kematian Rina atau nama sebenarnya Rina Mustikana Gumilang Gunawan belum disahkan sama ada dia meninggal dunia disebabkan Covid-19 atau penyakit lain termasuk asma yang dihidapinya.