Terpaksa jual bas persiaran demi kelangsungan hidup
Iklan
Ahmad Ruslan (kanan) berbincang dengan Sabri ketika menaiki bas persiaran di Pantai Murni, Yan pada Ahad.
ALOR SETAR - Sebahagian pengusaha bas persiaran terpaksa menjual bas milik mereka berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara, Ahmad Ruslan Abdul Latiff berkata, perkara tersebut dilakukan demi kelangsungan hidupnya dan keluarga.
Iklan
Iklan
"Penutupan banyak sektor sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga secara tidak langsung menyebabkan pengusaha bas persiaran hilang mata pencarian.
"Memang kerajaan berikan kelonggaran dengan kewujudan moratorium tetapi gaji pemandu perlu dibayar meskipun bas tidak bergerak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis sumbangan hamper makanan oleh Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Pantai Murni, Yan pada Ahad.
Iklan
Ahmad Ruslan berkata, kerajaan Kedah juga perlu melihat permasalahan itu sebagai sesuatu yang serius kerana pengusaha bas persiaran melibatkan komuniti agak besar.
"Kesemua pengusaha dan pemandu mempunyai ahli keluarga yang perlu diberikan makan minum.
Iklan
"Tambahan pula, sesi persekolahan sudah dibuka semula, keperluan wang saku anak-anak ke sekolah juga perlu dilihat sama," katanya.
Sementara itu, Sabri berkata, pihaknya hadir menyantuni golongan tersebut selain berusaha meringankan beban dihadapi mereka.
"Hari ini kita bersama Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun mengumpulkan 60 pengusaha dan pemandu bas untuk diberikan bantuan kit makanan dan juga sumbangan wang tunai.
"Diharapkan sedikit sumbangan ini mampu meringankan bebanan yang ditanggung mereka," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>