Klopp tiada masalah dikritik

Iklan
Klopp yakin pasukkannya berjaya mengisi slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp tidak berdepan sebarang masalah dengan kritikan pihak tertentu mengenai prospek The Reds dan percaya kelab itu masih mempunyai peluang mengisi slot ke Liga Juara-Juara Eropah.

Katanya, kemenangan 2-0 ke atas Sheffield United akan diteruskan pada perlawanan menentang Chelsea pada Khamis ini.

Iklan
Iklan

"Kemenangan itu menunjukkan kami masih ada selaku pencabar. Kami akan melawan Chelsea dan kami akan buktikan kemampuan sebenar Liverpool.

"Kita sedar hanya dengan kemenangan akan mencerahkan peluang Liverpool untuk beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. Kami menang perlawanan pada Ahad dan kita akan menang lagi.

Iklan

"Ramai yang merendah-rendahkan kami musim ini tetapi ia tidak mengapa. Dengan semua masalah yang dihadapi oleh pasukan, kelab masih berada di kedudukan baik,” katanya.

Pada perlawanan menentang Sheffield pemain muda The Reds Curtis Jones pada minit 48 menjaringkan gol awal sebelum jaringan sendiri pemain tuan rumah Kean Bryan pada minit 65.

Iklan

Bagi pengendali dari Jerman itu, Jones berhak menerima pujian bukan kerana menjaringkan gol semata-mata tetapi peningkatan yang ditunjukkan.

"Perancangan kami berjalan dengan baik dan Sheffield gagal untuk menangani kita. Ia sesuatu yang melegakan buat kami.

"Sheffield tewas dalam banyak perlawanan tetapi marginnya sangat kecil. Kita tahu macam mana mereka bermain dan bertahan. Ia tetap menjadi permainan yang menarik sehingga tamat perlawanan,” katanya.