Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun kerajaan PN
Iklan
Muhyiddin bersama jemaah membaca surah Yassin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin Ustaz Syukri Ali sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan PNdi Masjid Putra pada Ahad. - foto BERNAMA
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Masjid Putra di sini.
Beliau disertai beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Iklan
Iklan
Turut serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Solat hajat anjuran Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) itu disempurnakan selepas solat Maghrib dengan disertai lebih 200 jemaah yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Iklan
Usai itu, Muhyiddin bersama para jemaah membaca surah Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Sudais Malaysia, Ustaz Syukri Ali.
Para jemaah kemudian mengalunkan gema selawat yang dipimpin Syukri bersama Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Mohd Hashim.
Iklan
Muhyiddin meninggalkan Masjid Putra pada kira-kira jam 9.10 malam selepas menunaikan solat Isyak. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>