‘Apalah nasib anak-anak’
Iklan
Suzani bersama lima anak dan ibunya di hadapan rumah mereka.
GUA MUSANG- Seorang ibu tunggal di sini, buntu memikirkan nasib lima anaknya yang membesar dalam serba kedaifan.
Hanya bergantung kepada kediaman ihsan peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, enam beranak itu tiada tempat bergantung.
Iklan
Iklan
Lebih memeritkan, rumah didiami tiada sebarang kelengkapan malah terletak di dalam kebun kelapa sawit dan bocor sana sini.
Suzani Ali, 37, berkata, pada awalnya dia mengikuti suami ke daerah ini tiga tahun lalu, namun suaminya meninggal dunia menyebabkan dia dan lima anaknya merempat.
Iklan
Menurutnya, dia hanya mengambil upah menebas tanah hutan dengan pendapatan RM35 sehari untuk menyara keluarga.
"Selain anak, ibu saya juga tinggal bersama saya kerana bapa sudah tiada. Nasib baik peneroka di sini bagi kami tempat tinggal.
Iklan
"Anak saya, tiga masih bersekolah iaitu Mohd Riduan Sazali, 14, Mohd Amin Shukri, 11, dan Nur Kamilia Darahana, 7 tahun. Dua lagi, Mohd Abdul Rahman Solihi, 5, dan Nurul Fitriah Raudhah, 7 bulan. Apabila saya bekerja, saya tinggalkan anak-anak dengan ibu,” katanya.
Suzani yang berasal dari Terengganu berkata, kesempitan hidup memaksa dirinya membanting tulang empat kerat demi keluarga tanpa memikirkan keperluan diri.
"Memang saya susah. Saya bekerja untuk memastikan anak-anak ke sekolah. Selagi ada upaya, saya bekerja.
"Cuma kalau boleh, saya mahu kediaman lain yang lebih selesa. Itu saya tidak mampu, setakat keperluan makan sekadar ada kami anak beranak, bolehlah,” katanya.
Suzani hanya mengambil upah menebas tanah hutan dengan pendapatan RM35 sehari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>