Guna duit i-Sinar pulihkan perniagaan, simpanan kecemasan
Iklan
Norharizan memanfaatkan duit KWSP yang dikeluarkan untuk memperluaskan perniagaannya.
KUALA TERENGGANU - Pandemik Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu nyata memberikan kesan yang cukup besar, terutamanya bagi golongan peniaga.
Pemilik Mek Jang Cafe, Norharizan Hassan, 42, mengakui walaupun perniagaannya terjejas teruk, dia dan suaminya, Mohd Faizal Nizam Mohd Speri, 41, tidak mengalah demi kelangsungan hidup dan perniagaan ‘nasi ganja’ yang diusahakan mereka.
Iklan
Iklan
"Pendapatan kami memang jatuh merudum. Pada mulanya rasa hilang punca kerana jumlah pelanggan turun mendadak. Kami anggap ini adat dan asam garam orang berniaga, apatah lagi kita semua terkesan.
"Mujurlah kerajaan membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar,” katanya.
Iklan
Mohd Faizal membuat penghantaran makanan kepada pelanggan yang menempah 'nasi ganja' yang diusahakannya.
Pekerja swasta, Muhamad Safuan Md Salleh, 33, pula berkata, langkah kerajaan memberi peluang kepada rakyat membuat pengeluaran KWSP adalah tepat pada masanya.
Menurutnya, dia sendiri memohon pengeluaran i-Sinar bagi keperluan pendidikan anak-anak, di samping membayar hutang dan membuat simpanan kecemasan.
Iklan
"Kita tidak tahu bila Covid-19 ini akan berakhir. Jadi, dengan sejumlah wang yang ada daripada pengeluaran KWSP ini, saya harapkan dapat memberikan sinar dalam menyusun kembali perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak saya yang seramai tiga orang ini,” katanya.
MUHAMAD SAFUAN
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>