‘Kurang manis terima ahli daripada parti rakan’
Iklan
Tangkap layar ciapan akaun Twitter Salahuddin pada Sabtu.
SHAH ALAM - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima kemasukan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) menimbulkan rasa tidak senang kepimpinan parti yang berteraskan Islam itu.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan kedua-dua parti itu berada di bawah gabungan politik yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
"Memahami semangat setia kawan dalam PH, sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan.
"Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition),” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas penyertaan tiga ADUN Amanah di Johor yang disahkan menyertai PKR.
Tiga ADUN tersebut ialah Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhammad Said Jonit (Mahkota).
Iklan
Ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu, Khairuddin mengesahkan beliau sudah menyertai PKR.
Menurutnya, permohonan beliau untuk menyertai PKR dihantar pada September tahun lalu dan diterima pada bulan berikutnya.
ARTIKEL BERKAITAN ADUN Senggarang dari Amanah sah sertai PKR
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>