Lucut kewarganegaraan kepada individu hasut, kucar-kacir perpaduan
Iklan
Gambar dari kiri: Mohamed Kathir Ali, Gurpreet Singh, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Ong Jen Tak
SHAH ALAM - Kerajaan atau pihak berkuasa berkaitan wajar mengenakan tindakan melucutkan kewarganegaraan kepada individu yang menghasut serta mengucar-kacirkan perpaduan dalam negara ini.
Menerusi kenyataan bersama beberapa pertubuhan belia berkata, tindakan segera perlu diambil demi keharmonian dan perpaduan negara supaya dapat mengawal isu tersebut merebak dalam kalangan anak muda mahupun masyarakat.
Iklan
Iklan
Ini kerana, kata mereka, terdapat beberapa kenyataan individu yang tidak dikenali dibuat secara terbuka dalam pelbagai platform termasuk media sosial sekali gus dilihat mampu memesongkan serta menggalakkan anak muda terjebak dengan perkara itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang lebih bersifat perkauman dan boleh mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.
Iklan
"Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari mana-mana pihak mengaitkan agama atau menyentuh isu perkauman dan keganasan.
"Kami menghormati ruang untuk berbicara secara terbuka tetapi kebebasan berbicara ada batasannya,” kata kenyataan itu pada Sabtu.
Iklan
Kenyataan bersama tersebut melibatkan Pengasas dan Penasihat Pergerakan Belia India Muslim Malaysia, Mohamed Kathir Ali; Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz; Presiden Gerakan Belia Sikh Malaysia, Gurpreet Singh dan Presiden Persaudaraan Belia Methodist Malaysia, Ong Jen Tak.
Selain itu, kata mereka, pihak berkuasa dicadangkan untuk mengadakan pemantauan secara kerap terhadap media sosial demi mencegah perkara tersebut berleluasa.
Tambahnya, sekiranya masih berlarutan, pihak berkuasa harus mengambil langkah untuk menyita saluran atau media sosial terbabit.
Pada 15 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sentimen perkauman kerana negara ini memiliki rakyat yang berbilang bangsa.
Menurutnya, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan perkara yang boleh mengganggu gugat perpaduan negara.
"Kami juga memberi saranan kepada warga asing yang menetap dan bekerja di Malaysia supaya tidak memaparkan negara ini sebuah negara zalim. Warga asing perlu sedar bahawa undang-undang disini jauh beza berbanding negara mereka.
"Ini kerana di Malaysia kita mempunyai pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa dan budaya.
"Kami membantah jangan sesekali membawa dan samakan isu negara anda dengan negara Malaysia,” kata kenyataan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>