Masa peperiksaan SPM 2020 sesi petang ditunda 15 minit
Iklan
Waktu mula peperiksaan SPM 2020 sesi petang dipinda dari jam 2 petang kepada 2.15 petang bagi memberi ruang kepada calon berehat, makan dan menunaikan solat. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Jadual masa sesi petang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditunda selama 15 minit berkuat kuasa pada Isnin hingga 25 Mac depan.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) memaklumkan, waktu tamat peperiksaan juga akan dilanjutkan selama 15 minit.
Iklan
Iklan
"Waktu mula peperiksaan sesi petang dipinda dari jam 2 petang kepada 2.15 petang. Dengan pindaan ini, waktu tamat peperiksaan juga akan dilanjutkan selama 15 minit.
"Pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2021 (Isnin) hingga tamat peperiksaan SPM 2020 pada 25 Mac 2021 (Khamis).
Iklan
"Pindaan ini bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan solat sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang," menurut LPKPM dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah kenyataan itu, pindaan tersebut dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Iklan
"Sehubungan itu, LPKPM memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>