Tiada bahagian Bersatu di Perak bubar
Iklan
Maklumat berkaitan pembubaran Bahagian Bersatu Perak yang tular, sejak semalam.
SERI ISKANDAR - Pembubaran dalam Bersatu Perak tidak melibatkan bahagian sebaliknya hanya jawatankuasa di bahagian-bahagian yang didapati tidak berfungsi.
Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, didapati sebilangan besar Bahagian Bersatu di Perak berdepan masalah jawatankuasa.
Iklan
Iklan
"Antaranya barisan jawatankuasa keluar daripada parti, tidak aktif dan sebahagiannya tidak dapat dikesan. Maka kepimpinan Bersatu Pusat membuat keputusan untuk membubarkan jawatankuasa di bahagian-bahagian tersebut.
"Ini adalah satu usaha dari segi pentadbiran untuk memperkemaskan jentera parti," katanya ketika mengulas dakwaan terdapat Bahagian Bersatu Perak menerima surat pembubaran seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Iklan
Maklumat yang dikongsi itu menyebut tiga Bahagian Bersatu iaitu Gerik, Lenggong dan Bagan Serai menerima surat pembubaran sementara bahagian lain bakal menerima surat sama.
Ahmad Faizal berkata, pembubaran sesuatu bahagian perlu dibuat melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan melalui pelbagai pihak.
Iklan
"Ini hanyalah libatkan jawatankuasa, apabila melihat jentera itu tidak berperanan, maka kita perlu bubarkan jawatankuasa untuk mengukuhkan parti Bersatu di Perak," katanya.
Difahamkan, daripada 24 Bahagian Bersatu Perak, hanya 13 daripadanya terlibat dalam pembubaran jawatankuasa.
Terdahulu, Ahmad Faizal ditemui pada majlis penyerahan kunci Rumah Perakku Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Iskandar.
Sebanyak 99 unit rumah berjaya disiapkan, April tahun lalu dengan tawaran harga RM35,000 berbanding kos pembangunan sebenar RM158,000.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>