Kaji semula peruntukan undang-undang jenayah syariah: PGSM
Iklan
Musa
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan negeri mengkaji semula semua peruntukan undang-undang jenayah syariah sedia ada.
Presidennya, Musa Awang berkata, tindakan drastik itu akan mengelak peruntukan undang-undang syariah menjadi mangsa atau diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu.
Iklan
Iklan
Menerusi satu kenyataan, Musa berkata, PGSM menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secara segera dan holistik untuk melihat isu tersebut.
"Keputusan itu memberi implikasi yang cukup besar kepada perundangan syariah di negara ini, khususnya berkaitan kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kesalahan atau Jenayah Syariah Negeri-negeri.
Iklan
"Ia akan memberi maksud bahawa Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan kesalahan jenayah syariah," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada Khamis yang membenarkan pengisytiharan dipohon seorang lelaki berusia 35 tahun bahawa Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan kesalahan dan hukuman terhadap persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
Iklan
Lelaki itu yang identitinya dirahsiakan atas permintaan peguam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 2018 atas pertuduhan cuba melakukan seks di luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor.
Selain itu Musa berkata, keputusan itu akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar peruntukan lain yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri.
Malah katanya, selagi mana terdapat peruntukan mengenai suatu kesalahan jenayah dalam undang-undang Persekutuan, maka sukar untuk negeri menggubal peruntukan berhubung kesalahan jenayah syariah.
Keputusan tersebut juga katanya, menjadi gambaran awal untuk 'menutup pintu' kepada cadangan pelaksanaan undang-undang berkaitan hudud dan qisas.
"Ini kerana kesalahan hudud seperti mencuri (sariqah), merompak (hirabah), kesalahan qisas seperti membunuh (al-qatl) juga terdapat dalam Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>