Berita palsu bantah suntikan vaksin, polis akan buka kertas siasatan

Iklan
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan membuka kertas siasatan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu membantah suntikan vaksin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan
Iklan

"Kita akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima laporan berhubung isu itu.

"Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Acryl Sani turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.