India lancar dua peluru berpandu jarak dekat
Iklan
NEW DELHI - Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan India (DRDO) berjaya melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat (VL-SRSAM), kata pegawai pada Selasa.
Menurut Agensi Berita Xinhua, pelancaran itu dibuat pada Isnin dari pelancar menegak statik dari kawasan ujian bersepadu (ITR) pantai Chandipur di daerah Balasore, kira-kira 208km timur laut Bhubaneswar, ibu kota Odisha.